SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

KISAH 2: Ujian eczema datang lagi

Sambungan kisah 1 tasnem...

Ramai yang tanya punca anem jadi macam ni, saya tak ada jawapan, tapi apa yang saya faham dari perkongsian group kumpulan sokongan eczema, disebabkan masalah usus.banyak istilah upa beljar dalam group tu, tak cuku group fb, ada juga group wtapp daripada sekumpulan ibu-ibu yang ada anak eczema... masyaallah, bila tengok derita anak-anak yang lain, upa bersyukur anem tidak la seteruk anak-anak yang lain, ada yang satu muka penuh, ada yang seluruh badan... bila rasa nak menangis, ingat semula, orang lain lagi berat ujiannya...

al-kisah Disember 2016
 masa bercuti dikampung, biasala time tu, heaven sangat makan macam-macam, undang makanan tasnem pun longgar, makan selagi orang memberi.. beras free gluten, gule tepung semua ke laut...
.

 
Bila muncul gelembong air di tangan tasnem, kami dah tahu, apa akan jadi..start menggaru area kaki, tempat yang sama, parut yang bulan 6 aritu masih lagi belum hilang..time ni releks-releks dulu, gune minyak-minyak yang ada, dah prepair awal2...tapi nampak gaya tak jalan, anem bila mengaru akan menggaru segaru-garunya, khusuyuk...


Bila menggaru, akan luka, bila luka akan bernanah, time ni kulit sangat2 nipis garu sikit pun dah luka... kami cuba bertahan, tak nak ke klinik, sebab tahu akan dapat antibiotik, rasa dah imun sangat anem dengan antibiotik.. hari demi hari, semakin teruk...TERPAKSA JUGA ke klinik as usual, doc bagi antibiotik dalam masa 3 hari kering..

walaumacamna pun antibiotik kene habiskan, ni keadaan dah kering... kami sikit pun tak happy dah kering, sebab sudah tahu, kebiasaannya habis saja antibiotik, gelembong akan naik lagi and so on..macamtulah kiranya sejak tahun 2015 lagi, boleh dikatakan sebulan 2x ambik antibiotik.. memang kalau boleh nak elak ambik antibiotik, tapi risau infecton sampai demam cecah 40C, lain pulak jadinya nanti.. hari2 mengadu pada group eczema wtapp, apa nak ada pengalaman yang sama, share cara berubat...

seminggu sebelum balik ke sarawak, sempat buat appoiment dengan Doc Hafiz, antara doc yang ada dalam group kumpulan eczema, doc ni lebih kepada nutural, streoid memang tak la, walaupun doc, boleh dikatakan antara doc yang pakar dalam eczema dan mengkaji pasal eczema, sorang lagi doc suriya, tapi belum sempat jumpa dia... ALhamdulillah dapat jumpa kat shah alam... hari yang sama terjumpa pulak rakan sama-sama UKM yang mengalami nasib yang sama..... lega jumpa doc Hafiz, lebih detail tahu antara pantang larang anak-anak eczema ni, makanan itu dan ini, lebih kepada alami.. dan doc Hafiz kata mugkin juga disebabkan air... dan tengok keadaan anem ni, area kaki saja dan kawasan yang sama, kemungkinan plumbum berat...

di centre doc Hafiz, depan hotel Acapella.. jumpa kak haida dan Azhari.. sama-sama sarawak..hihi
lepas dapatkan nasihat doctor, kami borong redoxmin dan colodial silver...dan kami fokus pada ubat-ubat yang doctor hafiz bagi saja.. time tu agak nak kering disebabkan antobiiotik tu, tapi masih lagi gatal-gatal...rutin masih lagi macam biasa, bangun tengah malam, rendam kaki dengan air suam bersama epsom salt..
setiap malam rendam dengan air suam plus epsom salt, nak bagi hilang gatal, kadang-kadang dengan tea roibos...

Nak dijadikan cerita lagi, awal january 2017, masih menggaru dan menggaru, luka dan menjadi-jadi... saya gune calodial silver agak kering, tapi xlama, saya tekad time tu tak nak jumpe doc lagi, sebab tak sampai sebulan baru lepas ambik antibiotik... 

keadaan semakin teruk, sangat-sangat teruk... lagi sekali anem tak boleh jalan, lemah longlai... sampai satu tahap sampai lekuk kulit dia dimakan nanah tu..tiap hari ganti cadar, kadang upa tak sedar dia bangun menggaru, sedar-sedar cadar berlumuran darah dah....

 akhirnya kami akur, ke klinik mukah, dan as usual doc bagi antibiotik, kali sangat kuat... sehari saja dah kering... biar gambar berbicara...






 muka lepas menggaru tak ingat dunia..


bila upa tak sedar dek berjaga sampai ke pkul 4, sedar-sedar dah berlumuran darah
 lepas rendam dengan air garam

 kaki sampai lekuk, macam nanah makan kulit-kulit dia..


 tangan tak boleh nak pegang apa-apa pun
nak tido bungkus cantik-cantik tak nak bagi menggaru, lepas jam 12 malam, habis...

ni kes, malam dah sedap menggaru, pagi tu kaki melekat dekat kain,nangis sakit nak pisahkan dari kaki dia...


Selepas 2 minggu menghabiskan antobiotik doc, memang kering..tapi masih keras kulit, macam ada akar disitu, tak mau hilang-hilang..follow up doc di mukah lagi, sebab doc kata habis antibiotik jumpa dia semula.. dan bermulalah kisah drama saya dan doc... saya pun terlepas cakap " saya tak guna krim steroid sebab tahu kesan akibat dia".. lantas muka doc tu berubah, dan terus padam dalam catitan dia tu, asalnya dia memang nak bagi cream.. lalu kami balik begitu saja, nampak dimukanya agak marah bila saya cakpa macamtu..

Dalam kereta kene marah dengan suami, cakap tak tapis..huhu, so suami kata, habislah, lepas ni apa-apa jadi kite kene band la, pandai-pandai la kite nak buat apa pada tasneem....

lepas seminggu (awal bulan Ferbuary 2017), kisah aczema anem bermula lagi, kali ni, cakp dengan suami, memang tak lah nak ke klinik tu lagi, sebab kita dah kene band.. so pandai-pandai la panjang memikir nak buat apa.....

Jadi ...bermulalah rawatan guna produk sendiri, selama ni upa sebagai distributor, makan sendiri tapi tak bagi pada anem pun, just omega, nuteriferon, tu pun on off berganti2 dengan redxmin, al-manna, prebiotik, sebenarnya dari tahun lepas suami kata cuba bagi vivix dekat dia, saya sekeras-kerasnya cakap nanti dulu..sebab saya anggap vivix ni untuk pesakit yang kronik-kronik, kali ni suami pun berkeras juga, nak juga bagi anem makan vivix.....

apa jadi lepas tu??  upa sambung kisah 3 nanti.. hihi,, janji..scene terakhir...hihii

sambungan,........KISAH 3





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 ulasan:

muhd jaafar berkata...

Kt sibu ade hospital rejang.diorg ade department utk pakar kulit..doktor pakar kulit diorg dr kpj ampang akan dtg sebulan 2 kali..

shaklee mampu milk berkata...

tahun lepas saya sudah ke sibu, rejang juga namanya, tapi ubat yang diberi sama seperti saya dapat dengan doc pakar kulit yg lain, kami ibu2 eczema memang nak elak ubat2 yang steroid..sebab double2 akan jadi lebih teruk seperti biasa...

Catat Ulasan